Wednesday, January 14, 2009

Spagheti Bolognese

Saya tetibe dengan rasa yang bahagia teringin nak makan spagheti...n dengan rasa rajin dan semangatnyer teringin nak makan hasil air tangan sendiri dibantu suami...ehehehe..nak masak sendiri..again..masak sendiri..oh..adakah ini bermaksud saya dah rajin..dan dengan kesungguhan tuh la cuba jaya nyer mencarik resepi..saya bukan tak tau langsung just nak try resipi baru sebab b4 dis kalo wat pon mesti hubby banyak komplen..dier kata cair la..kadang masin la..pastu nak ader rase lemak la..pedas la...ader sekali jer dier kata perfecto..so nih..nak la jugak rase dpuji kan...so..surf tenet dari tadi..dapat la recipe nih from cari.

1st
Bahan2: (semua main agak2)
Daging/ayam cincang - lebih baik cincang sendiri, kasar sikit pun takpe
Bawang putih - tumbuk hancurcili merah di mesin
Serbuk lada hitam - ikut suka
Tomato puree
Daun basil & oregano - ini rahsia untuk spaghetti yg sedap...
Cheese parmesan (parut) - optional

CARA MEMASAK:
1. Tumis bawang putih sehingga wangi, masukkan cili merah.
2. Masukkan daging, kacau sehingga empuk.3
. Masukkan serbuk lada hitam, tomato puree, dan kacau lagi.
4. Sebelum tutup api, masukkan daun basil dan oregano.
5. Semasa menghidang, taburkan cheese parmesan... siap untuk di makan.

2nd
Bahan-bahan:
Sebungkus spaghetti - direbus bersama sedikit minyak kemudian toskan gaul lagi dgn sket minyak supaya ianya tak melekat antara satu sama lain
Sedikit olive oil untuk menumis
700 g daging cincang
1 labu bawang besar } potong dadu
2 ulas bawang putih} di tumbuk
1/2 tin tomato puree2 sudu besar tomato sauce
2 biji tomato }dicincang1 batang
carrot } potong dadu
1 batang celery } potong dadu
1 tin cendawan butang } dibelah
21 sudu kecil oregano
1/2 sudu kecil serbuk basil
2 helai bay leaves
Keju parut Parmesan secukupnya jika sukaG
aram dan gula secukup rasa.

Cara membuatnya :
1.Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik baunya
2.Masukkan daging cincang, biarkan seketika
3.Masukkan pula tomato puree dan sedikit tomato sauce . Kacau lagi
4.Masukkan oregano dan daun bay
5.Masukkan pula carrot, celeri, cendawan butang , tomato , garam dan gula secukupnya Kacaukan sekali sekala hingga masak dan kuah agak pekat
6.Semasa menghidang , letakkan kuah bersama keju parut diatas spaghetti

n satu lagi recipe from my cyber fren..diana..
Cincang big onion(holland)ngan garlic..
Pastu masak minyak zaitun then tumis bawang tadi..
Pastu boh daging/ayam cincang tadi...dah agak masak letak bolognese sos...
Pastu mix herbs dlm tue..bay leave sehelai..letak black paper sikit...rasa2 sikit garam dan perasa...
Pastu ko letak lah white mushroom yg fresh(bukan yg dlm tin)..
Then kacau.2 siapleh hidang dan mkn(klu ader parmesan chesee lagi sedap)tabur atas spegathi td..

Persoalan nyer..menjadikah salah satu dari resipi di atas dengan air tangan saya...uhuhuhu..kite tgk camne erk..kalo jadi nanti share lagi..

p/s: rase macam budak tadika jer kan..dok main color2...

No comments: